Prosedur Permohonan Panduan Permohonan Iklan Kemasukan Syarat Kemasukan / Program Ditawarkan Borang Permohonan Semakan Permohonan

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
SEMESTER II SESI 2011/ 2012


Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

 

PROSEDUR PERMOHONAN APLIKASI ATAS TALIAN

1) Sila baca prosedur permohonan dengan teliti untuk memudahkan proses permohonan kemasukan secara aplikasi atas talian. Permohonan aplikasi atas talian dibuka pada 17 Oktober 2011 sehingga 31 Oktober 2011.

2) Calon dikehendaki memasukkan wang proses sebanyak RM 10.00 ke dalam akaun Bank Muamalat bernombor (01060000777718) atas nama 'Universiti Tun Hussein Onn Malaysia'. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar beserta salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN bersama-sama salinan resit pembayaran sebagai bukti pengesahan pembayaran wang proses. Salinan resit pembayaran melalui mesin pembayaran tunai (Cash Deposit Machine) tidak diterima.

  • Cetakan Borang Permohonan;
  • Salinan Kad Pengenalan / Mykad Calon;
  • Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah / Surat Akuan;
  • Salinan SPM atau Setaraf;
  • Salinan keputusan MUET;
  • Salinan Diploma;
  • Salinan Transkrip Penuh Akademik / Salinan Slip Keputusan Peperiksaan setiap semester;
  • Salinan Sijil Kokurikulum; dan
  • Surat Tajaan dan surat pelepasan daripada majikan (bagi calon yang sedang bekerja)
  • 3) Tarikh TUTUP penghantaran dokumen adalah pada 9 November 2011.

    4) Borang permohonan yang tidak lengkap/diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

    5) Sebarang pertanyaan sila hubungi :

    Timbalan Pendaftar Kanan
    Pejabat Pengurusan Akademik
    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
    86400 Parit Raja Batu Pahat
    Johor

    No. Telefon : 07-4537689/ 7687/ 7655/ 7696/ 7686/ 7684
    No. Faks : 07-4536085
    Emel : pa@uthm.edu.my